Saturday, May 30, 2009

Entry Pertama Cuti Semester *-*

Malam tadi cikgu Wahida sampai dalam pukul 11 camtu la. Kesian Ummi beliau, sampai sesat2 nak amek beliau kat Duta. Sorry Ummiku cayang >.<"

Perasaan balik rumah memang sangat best
. Korang dapat rasa x? Hm, mesti la x kan. Cikgu Wahida sorang je boleh rasa. Haha



Semalam, time tengah tunggu bas kat stesen bas Butterworth, sempat la cikgu Wahida kenal dengan 2 orang makcik yang sangat peramah. Sorang Melayu, sorang India. Cikgu Wahida sangat xpaham, kenapa perlu ada diskriminasi kaum? Makcik2 semalam tu cikgu Wahida tengok ok je. Nak2 makcik India tu, sangat baik dan peramah. Siap tolong jagakan tempat duduk lagi. Haha.. Cikgu Wahida rasa la kan, sesetengah rakyat Malaysia ni kena open sikit diorang punya mind, saling terima antara 1 sama lain. Kita ni sama je, manusia jugak. Xde beza pun antara 1 sama lain. Pengalaman nak balik semalam memang sangat best. Tu la pentingnya budi bahasa :D Cewah



Oh ye, cuti ni jugak besar kemungkinan akan menjalankan proses penghantaran Ciel dan Sebastian yang kiut tu kat Lingling >w< ♥





Friday, May 29, 2009

Kegilaan menukar layout. Haha

Jam menunjukkan 5.28 pagi... Diulangi, 5.28 pagi. Dan, cikgu Wahida masih belum tidur pun lagi. Alaaaaahai mata, kenapa la kau payah sangat nak pejam ni? Hm xpe, kita abaikan. Petang ni nak balik rumah dah~ betapa seronotnya perasaan cikgu Wahida sekarang ni. Sebab lepas ni boleh la beliau makan ayam masak lemak cili api Ummi kecayangan beliau~ lepas ni boleh la beliau start semula peperangan yang sudah lama tergendala dengan budak gedit yang comel tu~ hoho


Perasaan nak balik rumah memang sangat BEST :D





P/S : Delete dah account TAGGED. Serabut.

Tuesday, May 19, 2009

Dulu dengan sekarang

Dulu, sangat xsama dengan sekarang. Missed her.

Saturday, May 16, 2009

Sesuatu yang membuatkan aku berfikir..


Tadi baca blog Elly, alah, pasal kes buli adik dia tu. Kesian, xsampai seminggu duduk asrama dah nak keluar balik dah. Bukan manja, tapi kalau dah teruk sangat kena buli, xsalah nak bawak keluar semula adik dia tu. Apa la nak jadi dengan budak2 sekarang ni. Cikgu Wahida ni pun bukan baik @ bagus sangat sebenarnya. Beliau pun teruk jugak dulu. Sekarang pun teruk. Tergedit - gedit. Hehe.. Tapi beliau tertanya2, kenapa teruk sangat budak2 sekarang ni? Sangat menakutkan. Teringat zaman sekolah dulu [chey, macam lama sangat dah habis sekolah xD], cikgu Wahida dapat form 6 kat sekolah lain, xsama dengan sekolah menengah beliau dulu. Student dia, mak aiiiiihhh.. Cuba bayangkan, budak perempuan main jalan melulu je, bila cikgu Wahida kata melulu, beliau maksudkan, SANGAT MELULU, pakai langgar je orang2 kat laluan dia [cikgu Wahida pun pernah kena sekali, sakit beb], macam mana korang tengok jentolak ke atau segala hape yang melanggar benda tu, hah, macam tu la gaya diorang berjalan.



Sebab tu la, azam cikgu Wahida nak jadi cikgu ni untuk didik anak2 bangsa kita agar tak jadi macam tu, MENAKUTKAN. Kalah makhluk ALLAH yang kita dok panggil hantu tu. Cikgu Wahida bersyukur jugak bila beliau akan dapat mengajar sekolah rendah. Sebab nanti dapat la beliau didik budak2 tu dengan nilai2 baik sebelum penyakit merbahaya tu berjangkit kat diorang. Bak kata orang, melentur buluh biar la dari rebungnya, kan? [fyi, cikgu Wahida ni macam ada some kind of obsession dengan simpulan2 bahasa ni.. haha]. Hm korang doakan la kat cikgu Wahida agar beliau dapat menjadi seorang pendidik yang berjaya ye? :D


"Salam,

Abi dah pos tiket along pagi tadi.

Smua org rindu ngn along.
Jaga diri baik2."



Rasa sangat terharu bila baca mesej Abi ni. Sayang Abi.
Tak sabarnye nak habis exam dan balik rumah~ Weeeeee~~

Wednesday, May 13, 2009

Kebutaan melanda...

Hmm.. hari ini sangat bosan dan memenatkan bagi cikgu Wahida. Tadi waktu kelas ekonomi tadi beliau nyaris2 tertidur. Nasib baik la sistem imune beliau masih kuat lagi. Diperkaya dengan ekspresi muka En. Shaari yang sangat comel serta murah dengan senyuman. Hehe.. Tak sangka beb, beliau ingat nama cikgu Wahida. Sebab yelah, jarang lecturer ingat nama student kan, kecuali kalau student tu selalu berkomunikasi dengan dia. Tapi cikgu Wahida xde la selalu sangat cakap dengan En. Shaari yang kiut tu. [Ezzaty: Kau ingat En. Shaari tu budak ke nak panggil comel2.. xD] Terima kasih En. Shaari sebab ingat nama cikgu Wahida yang sedap ni :D

Oh ye, pemboikotan ke atas pakcik kantin yang tamak masih lagi giat dijalankan :D Cikgu Wahida xbeli dah kat kantin, kecuali beli air ataupun masakan panas je. Kalau lauk - pauk kat situ, hah, tunggu bila dalam keadaan terdesak je baru cikgu Wahida beli. Mana xnye, cuba bayangkan, tengah syok2 korang makan, tetiba ayam goreng dia busuk. EEEEEEEEEEEEEEE....... TIGA kali dah beb. Ada pernah sekali tu cikgu Wahida beli lauk ayam masak lemak cili api [yang tersangat la xmacam masak lemak... >.>], ayam dia mentaaaaahhhh. Mati terus selera cikgu Wahida waktu tu. Dah la mahal gila, masak pulak lekeh2 je. Ingat kitorang ni budak sekolah ke, boleh tipu2. Even kalau masak untuk budak sekolah pun xboleh la buat macam ni, dah masuk unsur penganiyaan namanye. Ish3.. apa la nak jadi dengan pakcik kantin ni.. Lecturer pun dah ramai yang komplen. Kita tunggu dan lihat je la.. Eh, mana boleh! Tindakan segera harus diambil! Kak JPP!!!

Tahap kebutaan cikgu Wahida semakin meruncing sejak kebelakangan ni [rabun daa...]. Kalau dulu beliau boleh rilek je xpakai spek [walaupun kena pakai... =__=], tapi sekarang ni kalau beliau xpakai, hah, start la kepeningan melanda. Pandangan pun kabur je. Isk. Bila nikmat tu ALLAH dah tarik sedikit demi sedikit, baru la kita tau yang kita ni sangat kurang bersyukur dengan pemberianNYA.


Geditnya....... --->

Monday, May 11, 2009

:: Selamat Hari Ibu Ummiku Sayang ::

Cikgu Wahida tau, hari ni dah masuk 11 haribulan, dah agak terlambat untuk wish 'Mother's Day' kat Ummiku cayang. Tapi nak buat macam mana, semalam xdapat nak akses internet. Bil baru bayar daa xDDD

Hm, sebelum ni cikgu Wahida dah pernah cerita pasal Ummi kecayangan beliau tu kan, so entry kali ni pendek je la. Sekadar untuk bagi cikgu Wahida sentiasa ingatkan bahawa beliau ada menulis sesuatu bersempena hari Ummi beliau :D

Kalau nak diikutkan, bukan 10 Mei je kita sambut Hari Ibu, hari2 pun boleh. Senang je, tunjukkan rasa sayang kita kat Ummi dengan Abi kita. Sangat senang kan? Bagi cikgu Wahida, Ummi beliau ni superwoman. Semua benda boleh buat. Hari tu kan, pernah kat dapur macam kehabisan la jugak bahan2 untuk dimasak, cikgu Wahida pulak dah xtau nak masak apa, bila Ummi beliau masuk dapur je, PUFFF! Maka terjadilah satu masakan yang amat delicious~ [cikgu Wahida lupa apa yang Ummi beliau masak time tu... =__=]. Tapi yang pasti, sedap la, macam biasa :DDD

UMMI, ALONG XPERNAH PENAT UCAP AYAT NI: ALONG SAAAAAAAYANG UMMI. ABI PUN ALONG SAYANG JUGAAAK :3



Dah2, gi peluk mak korang pulak. Jangan nak mengada2 kat Ummi orang. Hehe

Cehh.. Tadi kata entry pendek je... PENDEK la sangaaaaaatt...

Friday, May 8, 2009

Sesungguhnya muet yang menyusahkan itu telahpun habis~

HOHOHOHOOOO~ finally, exam MUET yang sememangnya tidak dialu - alukan tu dah habis~ Betapa seronotnya perasaan cikgu Wahida sekarang ni :D

SO, macam mana exam tadi?


Hm.. tadi bahagian speaking je. Sebab yang writing semua dah habis dah. Overall cikgu Wahida rasa, OOOOOOK la :D Cikgu Wahida dapat 1 group dengan 2 orang senior. Semester 5 dah weiiii.. Cuak la jugak. Nasib baik ada Nadia. Hehe.. Ckgu Wahida jadi candidate no.2. Cerita pasal negara ambil pekerja asing sebab murah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Senior pun ok. Jadi, sekarang ni cikgu Wahida nak kena fokus kat final exam yang tinggal just lebih kurang 2 minggu je lagi. Lepas tu boleh balik~! WEEEEEEE~~~~

Wednesday, May 6, 2009

exam.. oh examku sayang~

Murid2, tau x final exam bila??? XTAU CIKGUUUUUU!!!! [bayangkan budak sekolah rendah menjerit sekuat hati jawab soalan tu xD]. Kalau murid2 nak tahu, 2 minggu lagi exam la, ala, cuti semester kan dah x lama lagi.

Ok, kalau korang nak abaikan perbualan yang tak berasas kat atas ni pun xpe. Xmasuk periksa pun.

Apa yang cikgu Wahida nak bagitau kat sini, beliau tak prepare apa2 lagi pun, even exam dah xlame lagi dah. Nak2 lagi subjek ekonomi tu. Sepatah harem cikgu Wahida x paham. Kalau korang nak tau, cikgu Wahida ni x berapa minat sangat kira2 atau benda2 yang berkaitan dengan nombor ni. Tapi kalau nombor2 yang berkaitan dengan penambahan wang di dalam akaun bank cikgu Wahida, beliau minat la. Hehe.. Cikgu Wahida sangat risau sebenarnya ni. Boleh ke beliau jawab exam nanti. Xpe cikgu Wahida, anda buat je yang terbaik. Apa yang kita usaha, tu la yang kita dapat. Betul x? :D

Oh ye, buat cik Onigiri dan cik M0nes yang bakal menghadapi MUET esok, ganbatte ne~!!! Cikgu Wahida pun nak kena prepare jugak untuk lusa ni.

Friday, May 1, 2009

BLOG XDE KUALITI?

Hmm.. sekarang ni ramai kawan2 cikgu Wahida dah buat blog sendiri. Kadang2 tu siap buat promosi lagi dekat skype [cikgu Wahida pun promosi jugak dekat YM.. =__=]. Tapi, kedengaran satu suara berkata, "Kalau semua orang buat blog, makin banyak la blog2 yang xberkualiti". Pada pendapat cikgu Wahida la, xsalah kalau sape2 nak buat blog pun, tu kan hak masing2. Blog ni boleh jadi tempat untuk luahkan perasaan dan yang seangkatan dengannya. Ade sesetengah orang tu campur2, berunsurkan ilmiah dan isu2 semasa, juga pasal life die. Jadi xkan timbul isu 'blog x berkualiti', betul x? Sebab blog kita, kiranya macam diari online la jugak, so suka hati kita la nak tulis ape pun, kan?


Hm, kawan2 cikgu Wahida ramai dah balik rumah masing2. Sunyi la jugak blok Gemilang dengan Damai ni. Just tinggal senior2 yang maybe ade program kot. Kalau classmate perempuan, cikgu Wahida sorang je la kot yang x balik. Kesian betul beliau kan? Tapi xpe, bak kata Ummi kecayangan, "Along kan kuat semangat..". OK Ummi, demi Ummi kecayangan, Along akan kuatkan semangat. Cikgu Wahida boleh! >.<





Wahai mood study..~ datangla weiiiii~~ cikgu Wahida nak exam xlame lagi~ boleh ke cikgu Wahida kekalkan keputusan beliau macam sem lepas?