Sunday, June 28, 2009

:: Obsesi ::

Cikgu Wahida sangat suka melukis. Sampai dah jadi macam satu obsesi dah pun. Kalau sehari tu xmelukis, memang xsah. Bagi cikgu Wahida, melukis ni macam satu medium untuk beliau ekspresikan diri dan minat beliau [kat lelaki2 ensem. haha]. Hish, sibuk je ayat dalam kurungan tu. Statement tu kurang benar ye murid2. Jangan percaya. Kalau masa sekolah dulu, especially time cikgu Wahida form 5, hari2 beliau akan melukis lepas study. Kalau x mesti jadi tension. Sampai Ummi pun marah sebab tiap kali bila Ummi kecayangan beliau bukak je pintu bilik, mesti nampak beliau tengah dok sibuk mencongteng kertas xD sebab tu la result SPM beliau 'bagus' sangat kot. ops..

Tadi tidur mimpi Ummi kecayangan masak masakan kegemaran beliau, ayam masak lemak cili api. Rindunya kat Ummi.... [dan juga ayam masak lemak.. hehe]


Ni antara artwork2 kesayangan cikgu Wahida



Tuesday, June 23, 2009

Duit.. Duit.. Di mana kau duit~?

Alaaaahai.. x sampai 4 hari duduk maktab, lebih RM50 duit cikgu Wahida habis. Kenapa? Beli barang la. Ops, jangan salah paham ek murid2, cikgu Wahida bukannya bershopping benda2 yang x berfaedah ye [i.e. kasut, baju dan segala yang mungkin bermain di pikiran Pah time tengah baca benda ni]. Tapi duit cikgu Wahida habis sebab beli barang2 keperluan harian beliau la, sabun basuh je pun dah RM14 wooo... ish3... kenapa la Attack ni mahal sangat.. huh.. Makanan lagi... dah la sejak kebelakangan ni hawa nafsu cikgu Wahida ni macam tengah mood nak membina badan. Adeii..


Tapi xpe, selagi cikgu Wahida boleh bertahan, beliau xkan sesekali mintak duit dengan Ummi dan Abi kecayangan beliau. Walaupun ayat Abi yang berbunyi "Kalau awak susah bagitau je la Abi.." masih lagi terngiang - ngiang kat telinga ni, tapi xpe la Abi, kalau dah susah yang tahap paling maksimum punya baru cikgu Wahida call Abi eh? Chey, macam bagus sangat je cikgu Wahida nih.


Rasa macam xpuas la cuti. Walaupun cuti 3 minggu, tapi dapat duduk rumah seminggu je.
Tapi memasak untuk keluarga memang satu perasaan yang sangat best :D

Friday, June 19, 2009

:: Update :: setelah 3minggu menyembunyikan diri~

Huh, nampaknya blog cikgu Wahida ni bukan takat dah berhabuk je, kucing pun sempat beranak kejap kat sini. Ish3.. xpe2, sekali sekala buat amal jadikan blog sendiri sebagai tempat kucing beranak kan..~ [hah, start dah nak mengarut tu....]


Oh ye, ni cikgu Wahida nak kongsi berita best ni~ well, at least pada pendapat beliau best la kot xD hari tu kan, cikgu Wahida masuk la 1 contest yang namanya 'the GazettE Song Meaning Illustration Contest' which, kita kena lukis atau buat la ape2 based on lagu2 the GazettE yang sememangnya best!giler tu. Dipendekkan cerita [xyah nak pendek2, dah panjang dah pun..], cikgu Wahida menang 1st place beeeeebbbbb~!!! Hohohooo~ sesungguhnya
beliau sungguh xsangka, yelah, sebab beliau just reti lukis stail manga je an. 2nd and 3rd place goes to lukisan stail realistik. Agak bangga la jugak [cikgu Wahida, sifat riak tu xelok dalam Islam...]. Hmm, ok, kite ketepikan cerita ni.


Bagi menyambut detik - detik terakhir cikgu Wahida kat homesweethome! beliau ni, maka Pah secara rasminya telah mengajak beliau sebagai tetamu kehormat dalam aktiviti meronggeng bersama Pah dan Zqah[kot] pada hari esok
. Ok2, sebenarnya beliau yang ajak Pah. Hehe.. Lagipun ingat nak beli barang sikit sebenarnya.


Memandangkan dah 3 minggu xupdate, maka, marilah kita mengizinkan entry ni jadi berjela sikit eh. CIKGU WAHIDA BALIK NAIK BAS JE AHAD NI!!!!!! Abi xboleh hantar. Sebab ape? Sebab pakcik jiran buat kenduri. Ish pakcik jiran ni, time2 camni la dia nak buat kendurinya. Ha kan cikgu Wahida kena balik sorang2. Sedihnya...

Tuesday, June 9, 2009

SELAMAT HARI LAHIR URUHA :D


URUHA -SAN, Selamat Hari Lahir yang ke - 28

Saturday, June 6, 2009

Di pagi hari...

Cikgu Wahida terjaga. Sebab kesakit-belakangan yang agak ketara. Mana taknya, dari pagi sampai ke malam duduk dapur, tu baru je sebab sedara nak datang, malam karang kenduri pulak