Monday, January 25, 2010

RANT.

Happy birthday sayang!
I love you!

ehee keluar dah statement kontroversi cikguWahida


Assalamu'alaikum murid2!

Murid2 apa khabar? sihat? c:

Semalam hari jadi ke - 23 sayang cikguWahida, Yuu-Lingling.

Lingling yang cantik

Tapi disebabkan amarah yang melanda, maka tak dapat la nak post blog semalam. Plus, agak ke'busy'an menyiapkan assignment serta carta organisasi (yang huduh) sebab MQA nak datang


Okay, let's start our rant now......

Roommate, kalau ko baca ni, ketahuilah bahawa aku sangat bengang dengan ko semalam Ko tau tak, malam semalam aku punya la kebulur, sebab ko tak bawak balik sebarang makanan pun kat aku. Dah tu, sebelum tu bukannya ko nak sms aku kata ko tak beli apa2 kat aku. Aku menanti ko pulang dengan penuh harapan tau tak.

Walau pun lapar gila dan hari semakin lewat, takpe, aku tunggu jugak ko, sebab aku ingat ko beli la nasi goreng pattaya yang aku pesan tu. Tapi harapan yang menggunung tinggi tu musnah sama sekali bila aku tengok ko balik dengan membawa sesuatu yang lain.

TILAM
.

Disebabkan aku tengah cuba nak bersangka baik dengan ko, aku senyap je la.

Mungkin kat dalam beg comforter yang ko beli tu ada terselit benda idaman aku tu?

30 minit berlalu. Ko masih lagi bercakap dengan 'boipreng' ko kat phone dan membiarkan aku terkulat2 kat dalam bilik tu. Akhirnya aku mengambil inisiatif untuk bertanya je kat ko. Tapi bila aku tanya je, ko buat muka macam aku tak pernah pesan pun makanan tu kat ko. Padahal aku dah siap bagi duit lagi masa buat tempahan tu. Ketahuilah bahawa aku sangat bengang tengok muka yang ko buat tu

Memang serious aku rasa nak mengeluarkan kata2 kesat time tu.

Kenapa ko tak mintak maaf roommate? Aku takde lah harapkan sangat mintak maaf ko tu. Tapi at least tunjuk la sikit yang ko rasa serba salah ke apa. Please take note yang time tu dah pukul 11 malam dan aku tak makan apa2 pun sejak tengah hari tadi

Akibat amarah aku, Ipah menjadi mangsa tegar.
Kesian Pah kan?

Last2 aku makan maggi je malam tu. Ko perasan tak time aku masak maggi tu, aku hentak2 heater dengan mangkuk tu? Kalau ko seorang yang cakna dan rasa serba salah dengan perbuatan ko mesti ko perasan kan. Tapi aku rasa tak kot. Sebab ko buat bodoh je

So kalau sekarang ni aku dah tak banyak cakap dengan ko, paham2 je lah ye. Things won't be the same anymore.


Saaayang roommate~~~~

Wednesday, January 20, 2010

Happy B'day Ajam~! Happy B'day Aoi~!

Assalamu'alaikum murid2 c:

Yaaa~ sila ucapkan selamat hari tua kat dua2 orang yang tergolong dalam kalangan orang kecayangan cikguWahida ni Ajam si budak gedit dah 7 tahun dan Aoi pulak 31 *wooot!* but still as hawt as ever~! hihik~ *gelak gatai*


Along dan Ajam si Budak Gedit



Aoi yang super hawt



Fanart special untuk Aoi sempena birthday beliau.. hehe


Murid2 jangan tak tau, masa awal cikguWahida minat the GazettE dulu, Aoi lah cinta pandang pertama beliau..~ eheh *shhh... jangan bagitau Uruha okay? hahaa*

18 hari bulan lepas jugak merupakan hari lahir ke - 18 Yoshi-dear! Love ya!





A/N: masih terbayang - bayang mimpi honey badger
yang sangat kiut tapi menakutkan tu.. scareyyhhh....!!

ni honey badger (buat rujukan Pah) ---->

Thursday, January 14, 2010

Saya Pelajar PISMP!

Assalamu'alaikum murid!

Sihat semua? c:
2-3 minggu tak update blog, umur cikguWahida dah pun masuk ke angka 20. Oh tidaaakkk~~~ rasa macam tua gila pulak Tapi yang paling best, everything went super great on 7th January lepas. Hari yang sangat best. Tak dapat hadiah pun. Just rasa happy dan takde apa2 problem pun jadi hari tu. YEY!
Thanks to all sayangs yang wish cikguWahida ye?

Oh ye, tahun ni jugak bermula la Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan cikguWahida. Alhamdulillah, sampai jugak kat sini c: Tapi pointer sem lepas, mak aih, drop menjunam gila! Tu lah, banyak main lagi Nasib baik still 3.5 ke atas. Azam 2010, kekalkan pointer 3.5 ke atas. YOSH!

Eh, cikguWahida tak post lagi azam 2010 beliau kan?
Ni haa serba sedikit. Hehe..

Kekalkan pointer 3.5 ke atas. Macam yang cikguWahida bagitau tadi.
Try to be a better Muslim
Beli tablet RM220 yang Pah nak sangat tu. Kui2
Tukar cell phone? YARI!
Improve kemahiran melukis.
Siapkan assignment awal. [ni yang paling mencabar sekali.. hahaa]
Nak jual cupcakes lagi! Warga2 kelas Yah, nantikan cupcakes yang sedap dari cikguWahida, okay? hehe
BERDIKARI! jangan depends kat siapa2, especially kawan yang sometimes tak macam kawan [kawan ke kalau macam tu?']. SILA ELAKKAN YA WAHAI CIKGUWAHIDA. AMARAN KERAS KERAJAAN NI

tu je la kot yang terfikir setakat ni. Insyaallah, akan cuba sedaya upaya untuk lakasanakan c:

Apa azam 2010 murid2?



A/N: Upcoming birthdays! Empat orang yang antara terpenting dalam hidup cikguWahida, Man [21 hb], Budak gedit [20 hb], Lingling Yuu [24 hb] dengan Dear dear Yoshi [20 hb]! [baru perasan tarikh lahir budak gedit sama dengan Dear dear Yoshi XD]. Tak sangka betul lahir dalam bulan yang sama kan? Especially Lingling dengan Dear dear~! Perhaps we were meant to be together.


HAPPY EARLY 17, 7, 23 & 18 BIRTHDAY DEARESTS!!