Wednesday, July 14, 2010

Makin Gemuk! Salahkan Keluarga Angkat! D:

Assalamu'alaikum murid2!

Start Rabu lepas sampai hari Sabtu, cikguWahida pergi satu program ni, program anak angkat yang dinamakan Program Titian Kasih.

BEST. GILA.

Ni mak dengan adik angkat cikguWahida~


Mak angkat saya cantik : D Hm tapi Ain a.k.a. adik angkat cikguWahida agak kurang mesra alam. Ohh..~

Selain daripada buat aktiviti yang dirancang,
antara tugas kami para guru pelatih ialah

makan

makan

dan MAKAN.


adeiii....~

memang berkilo2 tambah rasanya lepas balik dari program ni =.='

ada satu malam tu,
cikguWahida pergi la tengok orang berlatih tomoi dengan silat.
sebelum pergi tu baru je lepas makan kuey teow girang yang menggirangkan (of course, dimasak oleh Mak yang cantik).

bila sampai kat situ,
teman CikM0nes beramah mesra dengan makcik2 kat situ.
Sekali dia hidang bihun girang da.......
nak taknak kena la makan jugak. Rezeki jangan ditolak. Nanti dia tak mau datang dah.

beberapa minit kemudian..

TU DIA. Pulut doyan lah pulak. Mak aih, memang gebu gila perut lepas makan.
Masa tu cikguWahida konfiden gila yang berat dah tambah 2 kilo untuk malam tu SAHAJA T.T

malam last, sempat buat kuih pau dengan Mak. Walaupun kurang menjadi T.T
Sedikit snap sebelum pau dikukus dan bertukar menjadi pelik --






P/S : Kawan 1: Esok rector IPGM nak datang kan?
DATIN: Eh, rector tu bukan kat bahagian usus tu ke?
Semua kawan2: TU RECTUM LA DATIIIIIN!!!

Friday, July 2, 2010

Semester 2 -- semester untuk kurus dan menggelapkan muka.

Ohhh~
Assalamua'alaikum murid2 :)
sihat semua?

Semester 2 baru je start seminggu. Ada kelas PENDIDIKAN JASMANI la pulak. 5 jam seminggu pulak tu. Adoi la. Dah la dapat En. Omar pulak. Scary!

Tapi takpe. Think positive.
Masa ni la nak kasi kurang sikit lemak2 tepu yang dah terkumpul ni kan?
Nak2 lagi tak lama lagi nak puasa dah. Suka2!

Target cikguWahida... 5 kilos by the end of semester! YEAH! *sangat berkobar2 ye*

HAAAA!!!
Juga perkara yang sangatsangatSAAAANGAT best yang berlaku,
cikguWahida terpilih jadi wakil maktab untuk pasukan bola tampar~!!!
Ahhh~! sangat seronok.
Tadi training best sangat. Baru sedar yang cikguWahida ni dah lupa perasaan sebenar bermain bola tampar. BEST!


P/S: Esok ada match. Wish me luck!