Friday, October 29, 2010

Ingat Mati.

Ingat mati kawan2.
Kita hidup kat dunia ni tak lama pun. Kejap je.
1 saat lepas ni pun tak tentu lagi kita hidup ke tak.


Tanda2 100 hari sebelum menjelang kematian.

TANDA PERTAMA

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.

Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar .

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.

Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

------

Aku bukan manusia sempurna.

But I'm trying my best to be a better muslimah :)


Al-fatihah buat arwah Tokki (Abdul Aziz Bin Awang), Mohd. Syamil Bin Basri dan nenek kepada Syahrul.

Thursday, October 21, 2010

Man dah pulang!

Lama dah sebenarnya.
Raya hari tu.
Baru terasa nak bagitau kat sini.
Hehe



Gambar ni ambil time dia baru balik,
sebab tu muka macam tak berapa nak mesra alam.
Nampak la si 'Along' tu sangat2 gembira. Haha


Ummi kata Man dah okay dah sekarang ni.
Alhamdulillah :)

Sekarang saya rasa family saya perfect sangat!

Tuesday, October 19, 2010

Saya mampu membuatnya. Anda bila lagi?

Tajuk tak boleh blah :p



Tadi masa kelas math, belajar buat origami.
Tiba2 muncul 1 perasaan.
RINDUNYA.
Serius rindu nak buat origami.




p/s: Masa kecik2 dulu, minat sangat3 buat origami sampai Ummi dengan Abi belikan buku origami. Kat mana buku tu sekarang ek?

Friday, October 1, 2010

Ohh! susahnya nak jadi penyabar!

[Entry ini ditulis di dalam keadaanku yang sedang bengang. Harap maklum.]

Perkara2 yang boleh membuatkan mood aku bertukar daripada sukasuki kepada bengang:

1. Elaun sama banyak, tapi, aih, takkan tak mampu nak beli barang sendiri kot? Bertahun pulak tu guna aku punya. Apa ingat aku ni supplier tetap ko ke?
Aku dah cuba ikhlaskan hati aku. Serius. Aku tak kisah orang guna barang aku. Gunalah. Mungkin orang tu tak mampu @ tak ingat nak beli benda2 tu. TAPI kalau dah sampai bertahun tu payah jugak nak tahan. BUKAN ELAUN KITA SAMA BANYAK KE? DAN BUKAN KO AMEK PART TIME KE?

2. Ni sambungan daripada yang atas. Pehal ko bila guna barang aku macam tak reti nak letak kat tempat dia balik ha? ha?
Dah la guna barang orang, pandai2 la jaga and letak kat tempat dia balik. Aku cepuk karang baru tau.

3. Tolong TOLONG la mintak izin dulu kalau nak guna barang aku. Takdenya aku nak cekik kau.
PRINTER SAYA BUKAN PAKAI INK TANK YANG BOLEH AWAK TEST PRINT BANYAK2 KALI. KALAU TAK TAHU @ NAK GUNA PRINTER SAYA, TOLONG MINTAK IZIN DULU DAN SAYA AKAN BANTU.

End of story.


Kalau korang tanya mana2 kawan2 yang rapat dengan aku, mesti diorang akan cakap aku ni penyabar. UmmiCayang pun kata aku camtu. Tapi jangan la cuba nak uji aku sebab bila aku bengang, blok Damai ni pun aku boleh terbalikkan. (tiba2 rasa macam the Incredible Hulk :p)

Kalau orang yang baca ni terasa, aku mintak maaf. Tapi disebabkan bila aku bagitau kau je mesti takde respon (ha ni lagi satu benda buat kepala aku berasap), maka terpaksa la aku lahirkan perasaan aku ni kat blog kesayangan.



p/s: Takmo guna ganti nama 'cikguWahida' lagi lepas ni. Rasa diri ni masih belum layak jadi cikgu. Ohh..